Sunday 27 January 2013

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.
Assalammualakum wbt and hello peeps :)

Tadi sy jalan2 di mukamuka dan tiba2 ternampak kisah ni dari salah satu fan page yang ada di fb dan sy terus terdetik nak baca.Sedih,sgat menyayat hati dan menginsafkan.Jadi sy kongsikan di sini.

Siapa dia SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR? Dia merupakan pelajar UTEM yang telah kembali ke rahmatullah.Hasil penulisan ini sesungguhnya DITULIS oleh ibunya yang tercinta,ibu kepada marhumah Siti Hajar binti Ahmad Sabir.Walaupun kisah ini agak panjang,tetapi bacalah.Semoga kita sama2 mendapat manfaat yang besar dari perkongsian ini.InsyaAllah.

bermulanyaa....



06 JAN 2013,AHAD
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan .Segera bergegas ke Hospital Melaka.Ramai pelajar UTEM sedia menunggu setelah menerima berita kemalangan itu.

07 JAN 2013,ISNIN
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar.Pegawai HEPA UTEM mula membauat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan.Masalah kewangan mula berbangkit.Wang kami tidak mencukupi.

08 JAN 2013,SELASA
Gerakan mengumpul derma uttuk pembedahan Hajar berjalan lancar.Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tegahari,pukul 6 petang pembedahan selesai.

09 JAN 2013,RABU
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedkit menjelang petang.Tekanan darah mula turun,lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan.Muka dan badan mula sembab sebab dah dua hari hanya drip air tanpa makanan.Sebelah petang susu disalurkan ke dalam perutnya melalui tiub.Walaupun tulang belakang telah dibetulkan kedudukannya,saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah ke atas Hajar berkat semua sahabat di dalam dan luar negara.

10 JAN 2013,KHAMIS
Selepas subuh tadi kami lawat dia, dan bacakan ayat2 suci dan syifa'.Dia tenang je.Kami berbual.Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya.Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang,yang berkirim salam dan sebagainya.Memang dia tak dapat lawan bergurau,ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun da cukup.Langsung atk tunjuk air mata pada dia.Kami usap tangannya,usap pipi dan dahinya berkali-kali dan bercakap dengan nada yang ceria juga.Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu,cakap dengan suara sebak,tak boleh.Kalau kita positif,kita ceria,aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yng bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai rawatan bentuk pemulihan.Ada yang mencadangakn pergi ke sekian sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari hospitl nanti.Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25 dan menjanjikan penyembuhan dalam masa 10 minit sahaja.Hajar senyum.Pesannya,dia tidak mahu apa2 rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya ingin kan perubatan islam.Dia rela lumpuh seumur hidup dan sanggup mati,asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 JAN 2013,JUMAAT
Doktor dah benarkan makan bubur.Kami sudukan dengan sup ayam,sup sayur,ikan dan buah buahan.Minum air zamzam pakai straw.Memang haus betul dia.berkat air terbaik di atas muka bumi ini,dia segera nampak bertenaga.Menitis air mata sahabat2 melihat dia telah makan.Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar.Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.Solat hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTEM sendiri melakukan solah hajat di masjid,melibatkan kerjasama BADAR dan majlis perwakilan pelajar.

Lawatan Naib Canselor memberikan suntikan semngat luar biasa kepada Hajar.Dia ingin sembuh.Dia ingin kembali belajar.Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru2 menyebabkan pernafasannya tidak stabil

12 JAN 2103,SABTU
Doa dan kata2 perangsang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar.Kami perlu kuatkan pernafasannya.Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke dalam badan dan dia dapat melawan kuman2 yang dattang menyerang.Hasilnya,kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi.Selepas ini,kami nak teruskan dengan latihan menggenggam.Semua ini amat menyakitkan.kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan.Peranan saya sebagai ibu adallah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.Sebelah petangnya Hajar dikeluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 JAN 2013,AHAD
Akhirnya,berbekalkan sedikit kekuatan dari Allah,saya terangkan situasi sebenar,kesan kemalangan itu kepada Hajar.The whole truth.Dan sebagai hambanya yang patuh,dia redha dengan apa sahaja qada' dan qadarnya.Pendapat dokotor itu berdasarkan pengetahuan manusia.Yang mana ia ibarat setitik air dilautan yang luas.Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri.Baginya hidup mesti diteruskan.ada banyak lagi nikmat Tuhan yang sedang dinikmatinya.NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjiannya dengan kita sebelum kita dilahirkan.Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah.Dia yang maha berkuasa,yang memiliki segala galanya.Sedang kita inilah si fakir yang tidak punya apa2,dan sentiasa meminta minta dariNya.Kalau dah lidah kite mengakui Allah itu Maha Berkuasa.maka ikrarkan pula di hati,yang Dia mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi,dia dah tahu dirinya lumpuh sementara.Dah tahu situasi tulang belakangnya,saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya.Tanpa setitik air mata,tanpa keluhan,tanpa menyesali nasib,tanpa mematahkan semngat nya untuk terus hidup,katanya kalau mak ayah boleh redha,dia juag boleh redha.Banyak lagi tanggunjawab untuk digalas,dan ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya,dia akan bersyukur ,pasti ada hikmahnya.

Malam itu,sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya,dia kata, "mak dengar tak tu?suara seruan itu?"
Saya terdengar seruan bersahut sahutan,dua atau tiga kali dari arah yang tidak pasti.
"Orang azan kot" tingkah saya.
Dia jawab, "mana pulak,azan mana ada SUBHANALLAH.orang tu sebut SUBHANALLAH berkali kali.Akak dengar,cuba tengok jam,bukan masa azan kan?" akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar,"selalu ke akk dengar?"
"selalu gak,ntah sapelah yang jerit tu agaknya",jawabnya naif.

14 JAN 2013,ISNIN
Sebelah siang hajar demam.Batuk2 kecil,menjelang maghrib,cuaca sejuk,batuk makin memberat.Demam semakin tinggi mencecah 39C.Selsema,kahak tersekeat disaluran kerongkong dan belakang hidung.Hajar semakin lemah.Apabila pernafasannya tersekat,hajar menggelepar mencari nafas.Doktor segera bertindak apabila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut.Tiub dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung.Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa.Tapi masih tak banyak membantu,selsema mengalir lagi,dan kesejukan malam membuatkan hidung tersumbat semula.Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu,Keadaan amat membimbangkan.Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2.Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak tercungap cungap lagi.keltihan yang amat sangat.tp bersyukur terselamat dari situasi bahaya,stabil.

Bila da tenang Hajar bercerita semula,semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah,pertolongan tersebut telah datang.Bagaimana?Secara tiba2 dia sendawa berkali kali.Dan setiap kali angin sendawa itu keluar,terasa hidung yang tersumbat itu tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dengan selesa.Kemudian dia merasakan mukanya dipercikkan air 3 kali.Angin yang sangat sejuk dan selesa.Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang,tetiba rasa sangat selesa dan demam menurun.Subhanaallah.

Hari dah jauh malam,suami nak pulang ke rumah menjaga anak2 yang lain.Suami beritahu Hajar,dengan cepat dia menjawab,"ayah percaya Allah tak?". suami menjawab,"percaya".
Tambah Hajar lagi,"kalau percaya Allah ayah baliklah,Allah ada jaga akak kat sini".
Sesekali dia tersenyum manis.Kami tanya,"kenapa senyum?"
Dia jawab,"ada bau wangi sangat"
"selalu ke akak terbau macam tu?"
jawabnya."kadang2 je.kadang2 masa nurse datang,kadang2 masa sahabat ziarah"
Hati kami mula rasa sesuatu.Suami saya tak jadi balik.Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam itu.Dipihak dia pula terasa aman dan damai.malam yang sejuk terasa amat nyaman.Langsung tak terasa lapar dan dahaga.Menurutnya,sepanjang malam dia memerhatikan kami tidur dan mensyukuri apa sahaja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 JAN 2013,SELASA
Sebelah pagi hajar masih tak bermaya.Semakin naik matahari,hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan semakin baik.Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi.Bila demam berkurangan,hajar kembali ceria,makannya kembali berselera,makan pudding,sup,bubur ayam dan buah buahan.Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia.Bila dia sebut teringin makan pisang,tibe2 ada saja tetamu yang bawakan.Dia duduk tetapi kepalanya agak senget,masih tak boleh kawal gerakan kepala.Spontan dia kata,"kalau ada bantal kecil,boleh letak kat leher".Lalu Allah perkenankan doanya.Btal yang diidam kan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sma hajat diutarakan,(kun fayakun)

Tekak Hajar masih terasa sakit-perit.Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya.Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan.Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zamzam."Akak,ingat ye,ubat ni alat je.yang menyembuhkannya allah.Dia mengangguk,ubat disudukan ke dalam mulutnya.Pahit,kecil matanya.Segera saya berikan air zam zam untuk diminum.Lepas tu dia tanya,"air apa tadi," "air zam zam lah,mana ada bagi air lain".Dia senyum lagi,saya tertanya tanya.Dia kata,"Allah tolong akak,ubat tu memang pahit.tapi lepas minum air zam zam,rasa macam air tu manis,ia basuh semua rsa pahit dilidah akak,esok mak cubalah" .macam mana ni,nak percaya tak?

Malamnya dia kena makan ubat lagi,tanpa gentar,dia menelan ubat pahit itu dan tinggalkan sikit untuk saya.Nekad untuk menyampaikan dakwah,saya telan baki ubat itu.Memang pahit.Dan bila air zam zam diminum,rasa pahit itu hilang tak berbekas.Seperti lumpur dilantai yang tertanggal semuanya bila disiram air kepadanya.
Kemudiannya dia bertanya bagaimana dia hendak solat dalam keadaan seperti itu.Saya terkedu,telefon terus saya capai,meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif.Dan seperti yang dijangka,apa yang dimntanya,mudah benar untuk allah tunaikan.Ada saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah,Hajar menangis."Akak da lemah,makan pun tak seberapa,mana nak ada darah banyak.Doktor tu asyik ambik darah,tangan dia besar,kematu,tak sensitif.Sakit tau tangan akk ditampar tampar,dicubit cubit,da tak jumpa urat darah tu,tak pyah lah amik darah.Akak taknak doktor tu lagi".Sayu hati mendengar rintihannya,tapi macam mana?mana boleh pilih2 doktor.Tapi Allah maha mendengar,esok doktor lain pula mengambil alih.

16 JAN 2013,RABU
Usai solat subuh,saya dapati hajar mengadu sakit perut.macam kembung,perut mula membengkak dan bergerak gerak.Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah.Dia terasa nak muntah.Ya memang,dia betul2 muntah.Berlambak lambak muntah air hijau keluar dari mulutnya.Kami berikan air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak.Tapi muntah berterusan lagi,lagi ,lagi dan lagi."Akak taknak pelawat harini" Dan tengahari tu memang takde pelawat yang datang.

Menjelang maghrib,dia menyuruh ayahnya solat.Kemudian saya pula disuruh solat.Saya katakan,"nanti sape nak tolong bersihkan muntah?mak solat lewat sikit lah".Dia jawab,"Allah ada,Allah boleh bantu akak".Terkedu.Saya pun tinggalkan dia untuk solat.Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Melaka Sentral.Selesai solat,saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar.Bajunya yang terkena muntah digantikan.Kemudian dia berkata,"hah,kan betul akan cakap,allah ada bantu akak,mak pergi je,akak muntah,tapi nurse yang ada rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu akak"

Sepanjang malam,adik Hajar,Nabilah,saya dan suami hanya menadahkan kain menahan muntah Hajar.Muntah,minum lagi dan kemudian muntah semula.Bila reda sikit kami mula berbicara."Akak,nampak gayanya macam perut akak da tak boleh terima lagi air yang kami beri.mungkin rezeki minum akak dah habis.Mak bagi air untuk basah tekak je,tapi untuk menghilangkan dahaga,akak mohonlah rezeki dari Allah".

Ayahnya pula kata,"akak kalau dipanjangkan usia,ayah belikan komputer yang lebih ringan untuk akak,sesuai dengan kemampuan akak menggunakan nya..Tapi kalau usia akak tak panjang,akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia".Pujuk ayah lagi,"akak,bila dajjal keluar nanti,orang2 yang beriman,takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal.mereka berzikir sahaja dan allah cukupkan rezeki mereka.mereka tak rasa lapar dan dahaga.akk zikir lah ye".angguk.

Walaupun perbualan itu amat mnyentuh hati,tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya.Dia kata,"kalau mak dan ayah dah redha,takde sebab untuk akak tak redha.Kalau Allah izinkan akk hidup lagi,walau macam manapun rupa akk masa tu,akak akan berdakwah untuk beritahu orang akan adanya pertolongan Allah,besarnya kekuasaan Allah,mak tulis ye supaya tak lupa,nanti akan sendiri yang akan ceritakan.tp kalau umur akak tak panjang,mak ceritakanlah bagi pihak akak."

Untuk adik2 nya dipesannya agar ubah penampilan berpakaian.Untuk rakan2 dia minta maaf dan memberikan kemaafan kepada mereka.Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudungnya yang banyak.Dia turut minta digantikan puasanya dan uruskan solat yang dia tertinggal sepanjang berada di hospital itu.Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi,"susah ke rasanya nak muntah tadi?"Jawabnya,"taklah ,senang je allah tolong"."Tolong macam mane?".Tambahnya,"Dah badan akak tak boleh keluarkan air kotor tu secara biasa,allah tolong keluarkan melalui muntah,tak susah pun.rasa macam meludah je".Masyaallah,hajar sentiasa kaitkan apa yang dialaminya dengan allah.sentiasa berbaik sngka allah menolongnya.benarlah seperti hadis qudsi,allah bertindak mengikut sangkaan hamba kepadaNya.Jika kita yakin allah menolong kita,maka allah akan tolong.keputusan xray menunjukkan perut dan usu besar membengkak teruk.

17 JAN 2013,KHAMIS
Situasi kritikal,tak mahu pelawat lagi,doktor sedang cuba menyelamatkan.Perut membengkak terus.usus besar besar tidak boleh menyalurkan najis dengan sempurna.menurut doktor semua ada berkaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.ultrasound pula diambil.hajar tenang.berserah pada allah menentukan yang terbaik untuknya.

selepas waktu melawat tengahari,demam memburuk semula.perut yang membengkak menyukarkan pernafasan.doktor mula gelisah.satu tiub dimasukkan ke dalam perut melalui hidung bagi menyedut cairan yang ada di dalam perut.lebih 1 liter cairan dikeluarkan.hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi.saya sudukan juga tiga sudu air zam zam kepadanya dari masa ke semasa.:"akak jangan bimbang,kita orang islam telah dilatih dengan berpuasa,redha ya.mak bagi air zam zam ni hanya untuk basah tekak.memang tak sampai ke perut pun dia akan kering sendiri.mintalah allah hilangkan dahaga akak".
dalam keletihan beliau menjawab,beratnya dugaan allah ni mak"."memanglah,kan syurga itu mahal harganya.sabar ye.nabi ayub dulu pun diuji2 dengan berat2."dia angguk.doktor datang pasang grip.dalam hati,saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar hajar mula rasa bahang.dia minta dimandikan.panasnya kuat di bahagian dada.dan terasa semua badan sakit2.saya terdiam,saya rasa dia dah mula nazak.waktu tu saya diri membelakangkan tingkap.dai suruh saya beralih kedudukan,dia nak pandang ke luar tingkap.saya tanya,"nak tengok apa?".
katanya,"nak tengok allah".saya terkedu lagi.katanya,"allah marah sebab tak dakwah sungguh2,tak mahu cari jalan lain bila dakwah terhalang".
saya kata,"minta ampun dan banyakkan istighfar pada allah".Hajar angguk.tak lama lepas tu dia kata,matanya da mula kabur,saya membisikkan agar terus mengingati Allah,angguk.dalam termengah mengah dia berkata,"mak,izinkan akak pergi dulu,tp akk tak nampak jalan".
"Ya mak izinkan.mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalan".
sekali lagi dia mengejutkan saya bila dia kata dia dah tak boleh nampak,lalu bola matanya bergerak ke atas.saya talkinkan berulang kali..doktor dan nurse mula datang untuk menyelamatkan.saya disuruh keluar.mereka mula memasang topeng oksigen dan menaikkan tekanan darah.

hati saya dah sebu.saya tahu tadi tu hajar dah nazak.persiapan dibuat untuk pindahkan hajar ke icu semula.waktu maghrib itu kami berkejar hantar hajar ke ICU okid.

hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang di mulutnya.mesin penafasan mengambil alih pernafasan.itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 JAN 2013,JUMAAT
kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus.dikhuatiri usus hajar telah bocor.Menjelang waktu azan zohor,waktu untuk soalt jumaat,jantung hajar berhenti berdenyut.doktor segera melakukan cpr..saya nampak dari luar cermin biliknya.hati saya terguris teruk.cpr dilakukan didada.betul2 di kawasan pembedahan tulang belakangnyya.kalau dia selamat sekalipun,apa nasib tulang belakangnya itu.kan baru je lepas bedah.walaupun jantung dapat digerakkan kembali.namun jantung hajar hanya bekerja 1%,sementara mesin pernafasan yang bekerja lagi 99%.hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin itu terasa macam gimik.

19 JAN 2013,SABTU
Doktor pakar usus mengesahkan usus hajar bocor dan perluakn tembukan kecil diperut hajar untuk mengesahkan teori beliau.sekiranya benar,pembedahan yang lebih besar diperlukan untuk memotong usus yang bocor itu dan mencamtumkan semula.serentak dengan itu,kami diberikan borang pembedahan untuk ditanda tangani.semuanya atas nama untuk menyelamatkan nyawa hajar.kami buntu.suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir.kami perlu solat,kami perlu berfikir dengan tenang.kami memohon pertolongan melalui bantuan allah.pukul 2 pagi,kami dipanggil semula.terdesak.kami benarkan tembukan dilakukan di perut.hanya kepada allah kami memohon pertolongan dan petunjuk.

Belim pun sempat pembedahan kecil itu.,seorang lagi doktor memanggil kami.berita besar yang disampaikan,buah pinggang hajar tidak berfungsi sepenuhnya.atau lebih tepat lagi dah rosak dan perlukan dialysis darah.hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain.terdiam.bermimpikah kami.lepas satu,satu organ badannya rosak.namun begitu,dialysis tidak bpleh dilakukan dengan selamat.kerana keadaan hajar yang tidak stabil.jantungnya dah pernah berhenti dan akan berhenti lagi semasa dialysis.darahnya terlalu cair.dah lama tak makan.pendarahan juga boleh berlaku kerana tekana darah yang rendah.jadi apa yang boleh kami perbuat?sesudah bincang,kami mengambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

tak lama lepastu,pakar usus pula mengesahkan,usus hajar memang benar2 telah bocor dan pembedahan besar diperlukan.kami tanya,adakah hajar stabil untuk dibedah.jawapannya TIDAK.kami tanya,adakah masalah usus akan selesai selepas pembedahan tersebut.jawapannya TIDAK PASTI MASALAH SAMA TIDAK AKAN BERULANG LAGI.lalu kami berikan jawapan selesa bagi kami iaitu tdak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi.kami juga tidak membenarkan prosedur CPR dilakukan jika jantung berhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati hati,"kalau itu keputusan puan,puan sedarkah apa akibatnya nanti??"saya jawab,"ya saya sedar,saya akan kehilangan anak saya,dan saya redha.dan kalau boleh,saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan."Doktor menjawab,"itu tidak boleh,itu menyalahi etika.,itu seperti membnuh pesakit,kami tak boleh mmebunuh pesakit.tp kalai puan tak mahu lakukan smeua yang kami cadangkan,mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan.cuma pesakit tak mmpu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri."

selepas itu,doktor terus mengawasi hajar.dan pelawat telah dibenarkan menziarahi tanpa had masa kerana hanya  menunggu masa untuk pergi meninggalkan kami semua.semua keluarga telah dimaklumkan,hajar tak putus2 diziarahi sahabat2 yang mengenali dan bersimpati.masing2 ingin menatap wajahnya kali terakhir.

20 JAN 2013,AHAD
Pagi itu kami  berdoa khusyuk dalam doa masing2,hanyut ke dalam munajat kami kepada allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.tepat jam 9.20 pagi,hajar melepasi sakaratul maut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah.pergilah sayang,tuhanmu yang lebih menyanyangi telah menunggu.terima kasih ya allah kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini.20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.terima kasih kerana telah menghadirkan akhlak yang mulia kepada anak kami ini.kini kami kembalikan ia kepadaMu Ya Allah.dakapilah ia dengan limpahan rahmat,kasih sayangMu yang maha agung.amin amin ya rabbal alamin.

Siti hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.begitu ramai sahabat,pegawai universiti,pensyarah dan saudara mara yang datang memberikan lawatan terakhir,memandikan,menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau.seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang muhajidah sejati.cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke pernag tetapi tidak pula hujan,turut mnyentap hati insan2 yang jujur menyayanginya.

wsalam.
Thanks for reading. Please visit again . LIKE jika suka, SHARE jika berguna :)

5 comments:

  1. sedih kisahnya....semoga rohnya dicucuri rahmat :) nice sharing

    ReplyDelete
  2. sdeh dan menginsafkan :) insyaallah .
    tq :)

    ReplyDelete
  3. "Kuburnya wangi ketika digali dan liang lahadnya terang"
    Dari rakan terdekat Allahyarhamah
    Indahnya nikmat kubur yang dirasakan Allahyarhamah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir, Seperti Kisah Masitah Penghulu Syurga dan sahabat Rasulullah SAW, Sa'ad bin Muaz pula..
    Hootoh baru saja membaca Nikmat Kubur Siti Hajar, Masitah dan Sa'ad bin Muaz

    والله أعلمُ بالـصـواب
    Wallahu’alam bissawab

    ReplyDelete
  4. Saya berapa kali baca. sayu hati :(

    ReplyDelete
  5. Aku yg baru sahaja memdengar kisahnya sudah terasa sayang dengan Hajar dan turut terasa sendu dengan pemergiannya...moga arwah tenang dan gembira bersama Penciptanya

    ReplyDelete