Wednesday 23 January 2013

TIPS MURAH REZEKI

Assalammualaikum and hello peeps :)

alhamdulillah,petang ni rase nak share sedikit tips murah rezeki.Ilmu ni aku cari dari sumber2 seperti bahan2 bacaan yang ada.so harap ianya berguna utk semua.harini nak share 5 tips dulu okayy.sama2 lah kita amalkann :)

Pertama:- SOLAT 5 WAKTU & MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH.

Walau sibuk macam mana pun kehidupan seharian kita,curilah sedikit masa utk menghadap-Nya,menyembah-Nya.Kadang2 aku terfikir juga,kita nak doa dan segala permintaan kita dimakbulkan,tp kita tinggalkan solat.jauh dari-Nya.jadi macam mana nak Allah makbulkan doa kite?permurahkan rezeki kita?fikir2 kan :)

Maksud firman Allah dalam hadis qudsi:.
"Wahai anak adam,sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."-Riwayat Ahmad ,Tarmizi, Ibnu Majah dan alHakim dari Abu Hurairah r.a

Kedua:-AMALKAN SOLAT SUNAT DHUHA

Abu Hurairah pernah berkata,."Rasulullah  berwasiat kepadaku 3perkara agar jangan ditinggalkan iaitu puasa tiga hari tiap bulan,dua rakaat Dhuha dan Witir sebelum tidur"

Daripada Abu Dzar r.a,Rasulullah saw bersabda."Hendaklah masing2 di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu.Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah.Menyuruh kebaikan adalah sedekah,mencegah keburukan juga adalah sedekah.Dan sebagai ganti daripada semua itucukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha." (HR Ahmad,Muslim dan Abu Daud.)

Nabi Muhammad saw bersabda." Wahai anak Adam!Janganlah sekali kali kamu malas mengerjakan 4 rakat soalt Dhuha,maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang." (HR Alhakim dan at-Tabrani)

PANDUAN:
i) Setiap kali sujud akhir solat Dhuha(sebelum duduk tahiyat),bacalah Ya Wahhab 41 kali,insyaallah anda akan dirahmati harta yang banyak dan peluang akan datang dengan mudah.(Al wahhab ertinya Maha Pemberi)
ii) Setiap kali selesai 2 rakaat solat Dhuha,angkat tangan berdoa dengan bacaan Ya Basith sebanyak 10 kali dan kemudian sapu tangan ke muka.Allah swt akan menghantar barakah dalam bentuk makanan.Walau sikit manapun makanan tersebut,insyaallah ianya cukup untuk seisi keluarga.(Al Basith maknanya Maha Pelapang Hidup).
iii) Baca doa selepas solat Dhuha.



Ketiga:-AMALKAN MEMBACA SURAH AL-WAQI'AH

Surah Al-Waqiah adalah  surah yang ke 56 di dalam alQuran,terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri daripada 96 ayat..

Sabda Nabi Muhammad saw,
"Barangsiapa membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam,tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran dan kepapaan".

Sabda Rasulullah saw,
"Sesiapa membaca surah alWaqi'ah setiap hari,ia tidak  akan ditimpa kefakiran".

Sabda Rasulullah saw,
"Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya"
(Diriwayatkan oleh Bahaiqi dari Ibnu Mas'ud r.a)

Sabda Rasulullah saw,
"Ajarkanlah syrah al-Waqiah kepada isteri2mu.Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan."(Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah saw,"
Barang siapa membaca surah alWaqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya.Dan suarh alWaqiah adalah surah kekayaan,maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.

Menurut fatwa sebahagian ulama' katanya,
"Barangsiapa membaca surah alWaqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali,selama 40 hari pula,maka Allah akan memudahkan rezekinya tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru dan berkah pula".

KHASIAT SURAH AL-WAQI'AH


  • Bila orang membiasakan membaca surah ini satu malam sekali,maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila dibaca 14 kali setiap kali selesai solat asar,maka orang yang membaca itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika dibaca surah ini 41 kali dalam satu majlis(sekali duduk),insyaallah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan rezeki.
  • Supaya menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur,amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isya'.Insyaallah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

Keempat:- PERBANYAKAN ISTIGHFAR,BERZIKIR & BERSELAWAT.

Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum atau Ya Hayyul Qayyum,sesungguhnya ia akan membantu anda dalam byak perkara.Amalkan membaca 1000 kali setiap hari selepas solat isya' dan antara KHASIATnya :

i) orang akan mematuhi kata2 anda dan mengikut perbuatan anda.
ii) anda akan kaya dengan wang dan kebijaksanaan.
iii) anda akan menjadi orang yang riang dan akan mempengaruhi orang lain dengan keriangan anda.
iv)Perlindungan dari bencana2.
v) Dihindari dari diperguna,ditipu dan dielakkan dari musuh.

Istighfar pula adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah,yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambanya lalu dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi saw:-
"Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah swt akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka"-(Riwayat Ahmad,Tirmizi,Ibnu Majah, dan alhakim dari Abdullah bin Abbas ra)

Kelima-KASIHI,HORMATI DOAKAN IBU BAPA

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,Rasulullah saw berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah kan rezeki,hendaklah berbakti kepada kedua ibubapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Rasulullah bersabda:-
"Siapa berbakti kepada kedua ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah swt akan memanjangkan umurnya"-(Riwayat Abu Ya'ala,at-Tabrani,al-asybahani dan al-Hakim)

Sabda Nabi saw:-
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki(Allah swt) daripadanya"-(Riwayat al-Hakim dan ad-Dalaimi)

Syukur,bagi orang islam untuk murah rezeki dalam kata sebenar adalah dengan melaksankan amalan2 takwa.Bukan sekali tapi berkali-kali.Amalan2 ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah swt,lalu Allah pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.InsyaAllah :)

Thanks for reading. Please visit again . LIKE jika suka, SHARE jika berguna :)

2 comments: